RSS

Tahun 2013 dalam kenangan

Pejam celik pejam celik hari ini 31 Disember 2013. Hari terakhir bagi tahun 2013. Rasa macam cepat masa berlalu.

Tahun lepas, saya berazam untuk memperbaiki diri, Alhamdulillah saya telah cuba untuk memperbaiki diri, walau terkadang ada juga tersasar tetapi niat tu tetap ada. Masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki.

Ada juga kenangan 2013 yang menyakitkan hati, mana mungkin dalam 365 hari kehidupan kita akan sentiasa sama.. ada pahit dan manis nya, asam dan masinnya.. kena juga lalui seperti biasa. Tapi biarkan lah ia berlalu begitu sahaja.. Lebih baik melupakan sahaja.. Terkadang kita terlajak kata.. terkena pada orang yang pendendam dan keras hati. Sukar untuk memaafkan dan paling perit suka membesar-besarkan hal sampai perkara yang sepatutnya (bagi saya) sudah selesai, makin dibesarkan dan yang teruknya melibatkan orang lain.. Rupanya kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti kita.. Pengalaman hidup yang mungkin tidak akan diulangi dan memberi ingatan pada kita, dengan siapa kita harus bergaul.. yang paling penting aku dapat mengetahui hati budi seseorang itu. (Sebenarnya tulisan ini pun sudah menunjukkan aku ni pun bukanya baik sangat he he).

Tahun 2013 juga, aku mendapat hidayah untuk memperbaiki diri dan berjumpa dengan seorang ustazah yang sangat baik hati.. sabar dalam mengajar semula cara betul bacaan A-Quran.. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Walaupun tajwid tidak lah sebaik sangat, sekurang-kurangnya aku membuat ulangkaji semula.. dan Alhamdulillah saya boleh membaca Quran dengan lancar.. Tak lah seperti sebelum ini.. surah2 pendek yang dibaca waktu solat dan surah yasin (itupun tersekat-sekat) sahaja yang dapat dibaca. Alhamdulillah syukur ke hadrat mu ya Allah.. Dan semoga guru yang baik dan tidak berkira itu mendapat pahala setimpal dengan kebaikannya dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.. Aamiin

Banyak peluang yang aku dapat, cumanya rezeki aku bukan pada peluang tersebut mungkin ada yang lebih baik daripadanya. Aku tetap bersyukur.. mungkin ada hikmah yang lebih besar menanti dihadapan.. yang penting kenimatan bersabar aku lalui dengan penuh kesyukuran..

Hmmm.. aku bab-bab buat ayat comel memang No.1.. :)

Tahun ini juga aku telah disahkan mengandung anak yang ke-3. Alhamdulillah berkat kasih sayang dan ikatan kasih kami suami isteri melayari bahtera rumahtangga yang ke-6 tahun dan dikurniakan anak lelaki 2 orang. Dan anak dlam kandungan ku juga adalah seorang lelaki.. Alhamdulillah.. semoga mereka bakal2 pemimpin yang adil dan saksama.. menjadi pelopor kepada kegemilangan agama bangsa dan negara.. Semoga mereka ini lah yang mampu menggoncang dunia dengan sifat dan semangat seorang islam dan lelaki yang soleh. Aamiin (Terlalu tinggi cita-citaku).

Aku mengimpikan anak sulungku Alif Zahrawi menjadi seorang juruterbang yang bukan sahaja mampu mengemudi sebuah kapal ke destinasinya, tetapi seorang yang mampu menjadi imam dan ketua kepada keluarganya dalam melahirkan generasi yang soleh dan solehah.. dan yang plaing penting mampu membimbing isterinya dengan adil tanpa membelakangkan kami sebagai orang tuanya.. Aku tidak akan sekali-kali menghalang impian hidupnya selagi dia berada di landasan yang benar.

Aqil Zarqali.. dia anak yang sangat pintar.. penuh dengan idea yang sukar diduga.. alangkah baiknya kalau dia menjadi seorang ahli sains yang mampu mereka sesuatu yang boleh memberikan kebaikan kepada seluruh umat.. menebarkan kebaikan kepada semua umat manusia.. SubhanaAllah.. terlalu tinggi impian ku kepadanya.. Selain daripada itu mampu menjadi anak yang soleh.. pemimpin yang bijaksana tak kira pada keluarga ataupun organisasi.. Aamiin

Sewaktu aku menulis, anak yang ke-3 ini baru 32 minggu.. sebelum aku mengandung dan selepas aku tahu aku mengandungkan dia (belum ada nama, biasanya aku hanya ikut kemahuan suamiku, siapa pun namanya aku akan terima seadanya.. suami adalah segala-galanya padaku setelah aku berkahwin).. Aku mengharapkan agar dia seorang doktor dan penghafaz Al-Quran di akhir zaman ini. Seorang pejuang islam yang berani mempertahankan agama ke arah kebenaran.. Sesungguhnya aku sangat berbesar hati sekiranya Allah dapat memakbulkan doaku.. Aamiin

Huh.. untuk tahun 2013 cukuplah setakat ini luahan hatiku yang sangat bermakna.. semoga tahun 2014 akan ada satu resolusi yang baik. Semoga rezeki kekayaan dunia dan akhirat aku kecapi di tahun 2014. Yang penting kebahagiaan kami sekeluarga juga.. Aamiin

Ya Allah.. jauhkan lah kami daripada dugaan dan musibah yang kami tidak dapat tangani, sesungguhnya kau insan yang sangat lemah.. hanya bergantung kepada Mu ya Allah.. Kau permudahkan kami dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba ini.. berilah kami petunjuk di kala kami dlaam kesesatan dan jangan lah kau ubah fikiran kami setelah kami beriman padamu.. Aamiin






Mengajar anak perkara baru di usia muda :)

Sebenarnya ayat-ayat ni sya copy dan paste dari emel yang dihantar oleh pn.Lina Karim ke emel saya. Saya ni jenis org yang suka clearkan emel selepas membaca. Oleh yang demikian, saya salin emel ini ke blog saya supaya saya akan jumpa semula bila saya teringin baca semula.

Kanak-kanak sangat cepat belajar jika kita beri peluang dan masa untuk mengajar mereka. Bukan video sahaja, Darwisya dan Darwish mampu buat powerpoint dengan animation dan sound effectnya sekali ketika umur mereka 6 dan 5 tahun. Saya mengajar mereka powerpoint ketika itu mereka melihat saya sedang sibuk menyiapkan powerpoint untuk kursus IPN saya. Bila diingat semula, saya mengajar mereka dengan keadaan yang berat hati untuk meninggalkan kerja saya. Kini, saya sangat bersyukur kerana saya tetap membuat keputusan untuk meluangkan masa untuk mengajar mereka. Sama juga dengan mengajar al Quran dahulu. Saya berfikir tentang kerja diluar yang tidak siap, ketika terpaksa mengajar mereka mengaji didalam bilik kerana saya tahu itu perlu dirutinkan. Kita sebagai ibu perlu tahu prioritize. Perkara yang mana perlu diletakkan keutamaan dalam banyak perkara harian kita itu.

Lagi satu, ada banyak sebab kita tidak mahu mengajar mereka awal.

Kadang-kadang kita rasa mereka terlalu muda untuk belajar
Kadang-kadang kita rasa ilmu tersebut tidak sesuai untuk mereka pelajari lagi
Kadang-kadang kita fikir mereka belum bersedia
Kadang-kadang kita rasa kerja kita akan jadi lambat siap jika berhenti untuk melayan mereka
Kadang-kadang kita rasa mereka mungkin tidak berminat nanti walaupun mereka mahu tahu pada mulanya. 

Akhirnya kita katakan pada mereka.. ni susah nak buat ni. Nanti kalau dah besar boleh belajar. 

Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri melalui emel ini, jangan fikir yang tak tentu lagi! yangkadang-kadang itu lagi! Ajarkan apa sahaja pada mereka sejurus kita lihat mereka berminat untuk mempelajarinya. 

Mengajar kewangan kepada kanak-kanak

Salam semua, 

saya saja nak share email yang saya terima daripada seorang wanita yang banyak berkongsi mengenai cara dia mengasuh anaknya dari bayi. Anak-anaknya seawal 3 tahun sudah mampu menghafaz Quran 30 Juzuk. SubhanaAllah, beliau pula seorang ibu yang tidak kedekut ilmu. Semoga beliau sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki supaya terus dapat berkongsi ilmu nya. InsyaAllah

inilah emel yang dihantar beliau kepada saya. 

Assalamualaikum sanisah,

 
Kebanyakkan manusia hari ini hidup ibarat mengejar pelangi. Mungkin orang akan ketawa jika mereka tahu kita mengejar sesuatu yang tidak boleh dikejar. Semakin kita menghampiri semakin jauh perlu berkejar lagi. Begitulah dunia.. ia tidak pernah rasa cukup. Kita akan rasa perlunya untuk bersama yang lain berkejar seiring.
 
Emel kali ini saya tulis kerana terlepas perbincangan tentang anak dan harta kita sebagai ibubapa untuk mereka. Ada yang berpendapat, rumah semakin hari semakin mahal untuk generasi akan datang memilikinya. Maka sebagai ibubapa, jika mampu, menabunglah untuk anak kita untuk pembelian rumah yang mungkin agak mustahil di zaman mereka. 
 
Mungkin bagi sesetengah orang, tiada salahnya jika mampu bukan? Namun saya tidak mahu jadi ibubapa yang mengejar pelangi. Saya pernah lihat ibubapa yang bertungkus lumus membelikan rumah untuk anak, tetapi setelah dewasa anak tersebut menjualnya untuk  membeli kereta dan pelbagai bagi kelihatan bergaya dengan rakan-rakannya. Akhirnya anaknya tidak berumah juga. Pengorbanan ibubapanya menjadi sia-sia. Ibarat mengejar pelangi.
 
Marilah kita kejar sesuatu yang pasti. Kejarlah syurga untuk diri sendiri dan anak-anak. Gembirakan Allah dan Allah akan menggembirakan kita. Allah tidak akan mengecewakan kita didunia dan diakhirat seperti cerita ibu yang membeli rumah tadi. 
 
Antara harta dan ilmu, berikanlah anak-anak kita ilmu.
 
"Ilmu itu lebih baik daripada harta.
ILMU menjaga engkau dan engkau menjaga harta.
ILMU itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum.
 
Pesan hukama
 
Kali ini saya bukan hendak bercakap tentang ilmu agama. Melalui kata-kata hukama diatas, ia adalah lebih kepada ilmu kewangan atau harta. Ilmu yang sama pentingnya untuk kita berikan pada anak kita. Kita tidak mahu hidup mereka fakir didunia ini setelah kita tiada. Fakta yang saya ingin kongsikan.. tahukah kita, 51 peratus daripada 104,770 kes kebankrapan terdiri daripada orang Melayu Islam? Terbaru, empat muka surat notis muflis yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam Utusan Malaysia memperlihatkan 124 daripadanya adalah individu Melayu, Cina (76), India (19) dan selebihnya adalah syarikat. Keadaan ini menyebabkan Bank Negara dan Kementerian Pendidikan dalam perangkaan untuk memperkenalkan Subjek Kewangan bermula Tahun 1 Sekolah Rendah pada tahun 2015. Baru dalam perangkaan.. Semoga anak-anak kita dijauhkan daripada senarai itu oleh Allah dengan usaha kita sendiri memberikan mereka ilmu. Takkan nak tunggu sekolah juga yang baru dalam perangkaan..
 
 
Berbalik kepada rumah, daripada membelikan rumah untuk anak, ajarkanlah anak ilmu bagaimana cara untuk membeli rumah. Faham bukan maksud saya? Maksud saya, dari kecil, kita sudah tanamkan ilmu kewangan ini supaya mereka juga faham tentang ilmu pemilikan harta.
 
Bagaimana caranya? Tentang memberi pendidikan dunia, suami saya lebih arif dalam bab ini. Dalam pemerhatian saya, cara beliau adalah dengan bermain permainan 'Monopoly' dan 'Cashflow for Kids Board Game'. Alhamdulillah tentang bab ini, suami saya lebih terlibat secara langsung dengan anak-anak. Saya hanya berkongsi apa yang dilakukannya. Memang hiruk pikuk kalau mereka anak beranak bermain.  Mana tidaknya, pada umur 5 dan 7 tahun, apalah yang mereka tahu tentang business tax, consultation fee, mortgage, property rental dan lain-lain lagi dalam dunia perniagaan dan hartanah. Dia sabar menerangkan satu persatu dengan memberi contoh begitu dan begini pada 'real life'. Saya cuma jadi pemerhati. Tetapi Alhamdulillah, dengan bermain bersama bapa mereka ini, pengetahuan mereka kini lebih dari saya sendiri dalam bidang tersebut. Banyak yang mereka pelajari.
 
Ilmu Allah terlampau luas. Ilmu membezakan seseorang dengan orang lain dari segi kejayaan mereka didunia dan diakhirat. Contohnya Abdul Rahman Bin Auf, seorang sahabat Rasulullah juga seorang jutawan yang meninggalkan seluruh hartanya untuk berhijrah ke Madinah sehelai sepinggang. Namun, kerana ilmu perniagaannya yang tinggi, dia berjaya menjadi jutawan semula di tanah Madinah dengan kekayaan yang berlipat kali ganda dari sebelumnya. Ilmu dan sikapnya yang tidak mengenal putus asa menyebabkan beliau tetap terserlah dari yang lain. Semoga anak kita akan mencontohi beliau dengan bekalan ilmu yang kita berikan ini. Ameen.
 
Dengan ilmu yang kita berikan pada generasi akan datang yang berada ditangan kita ini, InsyaAllah ianya akan menaikkan  sosio ekonomi umat Islam satu hari nanti menjadi masyarakat yang disegani oleh orang bukan Islam. 
 
 
“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).
 
 
 
Ikhlas dari,

Lina Karim
A-5-9, Empire Tower
SS16/1, 47500
Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-50219264
Fax: 03 50219265

Apakah Jantina anak ke-3 ku ya?

Kali pertama aku mengetahui diri ini berbadan dua, fikiran memang susah nak terima. Bukan sebab tak suka tetapi belum bersedia lagi. Tapi Alhamdulillah akhirnya aku jadi tidak sabar menunggu kelahirannya.

Apa yang membuatkan aku teruja ialah nak mengetahui jantinanya. Kedua-dua anak sebelum ni adalah lelaki, dan besar lah harapanku untuk menimang anak perempuan untuk kali ke-3 ini. Tapi kita hanya merancang Allah yang menentukannya.

Sewaktu usi kandungan ku baru berumur 14 minggu 6 hari, saya telah membuat ultrasound dengan doktor tempat aku berklinik (Klinik Felice Huang). Dan dia mengesahkan anak aku lelaki. Ooo sedikit rasa kecewa dan aku sangat mengharapkan keputusan ultrasound itu salah.

Sekarang usia kandungan ku masuk 15 minggu.. next ultrasound akan ku kabarin lagi lah yer.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tracking Counter

Share it