RSS

JADUAL MENENTUKAN JANTINA BAYI

Jadual menentukan jantina anak.

Jadual ini saya jumpa dari blog seorang doktor indonesia. Kalau diselidiki terdapat ketepatannya, tapi mungkin juga ia hanya satu kebetulan. Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. Tidak salah untuk berusahakan. 



Jika dilihat dari jadual ini kita boleh tentukan bila waktunya kita perlu bersama untuk dapatkan jantina yang diingini.

Contohnya : Saya berusia 25 tahun ketika mengandungkan anak sulung, dan Last Menstrual Period (LMP) saya adalah pada bulan Disember, maknanya anak yang saya lahirkan adalah anak lelaki. Alhamdulillah memang anak lelaki, begitu juga dengan anak kedua saya, pada waktu itu umur saya 28 tahun dan LMP saya adalah pada bulan ogos, so anak saya yang lahir pada bulan mei adalah lelaki.

Mungkin juga satu kebetulan, tapi tidak salah kan kita merancang. so ibu2 di laur sana yang nak anak lelaki atau perempuan cuba lah ikut teknik ni, selain daripada pemakanan yang tertentu.

Kononnya kalau nak anak perempuan banyakkan makan ayam atau daging dan buah-buahan asam seperti mangga, oren dan mana-mana buah yang bersifat asid. Manakala bagi mereka yang mahu anak lelaki banyakkan makan makanan beralkali dan makanan laut. Allah hu alam, kita hanya merancang kan. Saya pun jumpa artikel ni sebab nak anak perempuan. :P.. Doakan ya..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tracking Counter

Share it